Terbuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas pada tarikh mula peraduan.
Peserta mesti warganegara Malaysia.
Peserta mesti mempunyai alamat e-mel sah yang berdaftar dengan Tonton dan semua penyertaan mesti dihantar menggunakan e-mel yang sama.
Kakitangan Media Prima, termasuk subsidiari, syarikat berkaitan, agensi pengiklanan, dan ahli keluarga terdekat, tidak layak menyertai.
Pemilihan pemenang adalah mengikut mekanik peraduan dan tertakluk pada syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan. Keputusan Media Prima adalah muktamad.
Hanya pemenang sahaja yang akan dihubungi. Media Prima tidak bertanggungjawab untuk memaklumkan semua peserta mengenai senarai pemenang.
Media Prima berhak untuk memeriksa identiti dan kelayakan peserta dan menolak mana-mana peserta yang didapati melanggar T&C atau disyaki menipu.
Hadiah adalah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar, dan tidak boleh dikembalikan, melainkan dinyatakan sebaliknya.
Penyerahan hadiah akan dibuat selepas pengesahan pemenang dan tertakluk kepada keperluan operasi Media Prima Berhad.
Segala cukai atau caj yang timbul daripada penerimaan hadiah adalah tanggungjawab pemenang.
Media Prima berhak untuk mengubah atau mengemaskini T&C pada bila-bila masa tanpa notis.
Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk penggunaan nama, e-mel, dan gambar bagi tujuan pemasaran, promosi, dan publisiti peraduan tanpa pampasan tambahan.